Cari @ Amanz

Atari, salah satu syarikat yang popular dengan permainan video seperti Pac-Man dan sebagainya telah mula memperkenalkan beberapa perkara baru sejak tahun lepas. Terkini, Atari turut mengumumkan penyertaan ke arena kriptowang, dan mengatakan mereka akan memperkenalkan Atari Token tidak lama lagi.

Buat masa ini, apakah perancangan penuh Atari Token ini masih menjadi tanda tanya. Namun, bersama-sama pengumuman ini, Atari turut mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan kerjasama untuk transaksi dalam permainan menggunakan mata wang digital.

Disamping itu, Atari juga membuat pelaburan pada syarikat yang membangunkan platform hiburan berasaskan teknologi rantaian blok.

Selain Atari, baru-baru ini pihak Kodak turut telah mengumumkan pengenalan kriptowang mereka tersendiri – yang memperlihatkan nilai saham mereka meningkat hasil pengumuman berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd