Essential Phone Ditawarkan Dalam Tiga Pilihan Warna Baru

Essential Phone Ditawarkan Dalam Tiga Pilihan Warna Baru

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Secara lazimnya telefon pintar ditawarkan dalam warna hitam, putih dan emas. Ketiga-tiga pilihan warna yang selamat ini memenuhi citanya majoriti pengguna. Tetapi sekiranya anda individu yang mementingkan keunikan, anda mungkin boleh membeli Essential Phone.

Mereka baru sahaja melancarkan tiga warna baru untuk peranti pertama mereka iaitu Ocean Depths, Stellar Gray, dan Copper Black. Panel seramik masih lagi digunakan tanpa sebarang perubahan pada spesifikasi. Perbezaan hanya terletak pada harga jualan yang kini meningkat ke $599 (~RM 2332) sebuah, $100 lebih mahal berbanding model biasa.

Warna Ocean Depth akan dijual terlebih dahulu sebelum Stellar Gray pada 20 Februari dan Copper Black pada 22 Februari.


TIPS & ULASAN