Apple terus maju tanpa sebarang petanda mereka akan mengalami kemerosotan keuntungan dalam masa terdekat. Mereka di jalan yang betul menuju sasaran menjadi syarikat pertama dengan penilaian $1 trilion. Jualan iPhone X mungkin lebih rendah dari disasarkan, namun mengikut Starategy Analytics Apple masih di hadapan dari segi pendapatan jualan pada suka ke-empat 2017.
Menurut mereka Apple mencatatkan pendapatan jualan sebanyak $61.4 bilion diikuti oleh Samsung (18.9 bilion) dan Huawei ($8,4 bilion). Ini bersamaan dengan Apple mengaut 51% pendapatan jualan pada suku tersebut. Ketiga-tiga Apple, Samsung dan Huawei mencatatkan peningkatan jualan.
Pada waktu yang sama harga jualan purata peranti meningkat dari $255 (~RM 993) pada suku ke-empat 2016 ke $300 (~RM 1168) pada suku ke-empat 2017. Dengan pelbagai teknologi dan fungsi baru, tidak mengejutkan sekiranya harga jualan peranti akan terus meningkat dalam masa terdekat.