HTC Dilaporkan Akan Menggabungkan Perniagaan Realiti Maya Dan Telefon Pintar
HTC

HTC Dilaporkan Akan Menggabungkan Perniagaan Realiti Maya Dan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Berita yang agak mengejutkan minggu ini ialah peletakan jawatan  Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC. Sehingga kini pengganti beliau masih belum diumumkan. Menurut laporan Road To VR, kini terdapat petanda perniagaan realiti maya HTC akan digabungkan dengan perniagaan telefon pintar.

Lima pengurus besar dari bahagian realiti maya dilaporkan akan dipindahkan ke bahagian telefon pintar HTC. Ini mungkin petanda awal fokus HTC mungkin akan berubah perniagaan peranti realiti maya dan bukan lagi kepada telefon pintar.

Selepas sepuluh suku berturut-turut bahagian telefon pintar mencatatkan kerugian, tidak mengejutkan jika HTC berubah haluan. Tahun lalu mereka menjual pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan Pixel kepada Google dengan nilai $1 bilion. Sekiranya HTC berhenti menghasilkan telefon pintar adakah anda akan merindu mereka?


TIPS & ULASAN