Cari @ Amanz

Arena e-sukan boleh dikatakan menerima perhatian ramai pihak, dan Terengganu adalah salah satu negeri yang memberikan perhatian ke arena berkenaan. Sebelum ini, kita telah melihat penubuhan pasukan e-sukan untuk Terengganu FA, dan kini ia dilihat pertandingan Terengganu E-Sports Games akan diadakan untuk julung kalinya pada tahun 2018 ini.

Terengganu Esports Games

Akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2018 ini, di Kompleks Sukan Gong Badak. Sebanyak 4 permainan akan dipertandingkan, termasuk 1 permua. Permainan yang akan dipertandingkan adalah PES 2018, FIFA 2018, DOTA2 dan juga Mobile Legends. Ketika artikel ini ditulis, pendaftaran untuk Dota 2 telah pun penuh, sementara untuk tiga lagi permainan masih terbuka.

Bagi anda yang berminat, dan akan berada di Terengganu pada 2/3 Mac 2018 ini, boleh menyemak pertandingan e-sukan ini.

Terengganu Esports Games

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd