Cari @ Amanz

Sony kini dilaporkan telah membuat permohonan kepada pihak Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat untuk membatalkan pengesahan peranti yang diterima. Sony mengatakan sebab pembatalan berkenaan dipohon adalah disebabkan oleh perubahan akhir pada rekaan peranti berkenaan.

Permohonan oleh Sony ini telah dilakukan pada 7 Februari 2018 lepas. Ia tidak diketahui lagi sama ada dengan perubahan yang dilakukan ini, adakah peranti baru berkenaan akan diperkenalkan pada MWC 2018 yang berlangsung pada minggu hadapan.

Spekulasi turut mengatakan ia mungkin adalah peranti utama untuk tahun 2018 ini, dan berkemungkinan Sony melihat kepada rekaan yang menjadi trend seperti skrin pada nisbah 18:9 dan sebagainya. Berkemungkinan juga perubahan adalah lebih kepada astetik secara minimal – dan mungkin spesifikasi dan ciri-ciri yang dibawakan tiada perubahan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2018 ini untuk melihat apakah kejutan daripada pihak Sony untuk peranti baru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd