Kita Mungkin Tidak Dapat Melihat Google Assistant Berbahasa Malaysia Pada 2018

Kita Mungkin Tidak Dapat Melihat Google Assistant Berbahasa Malaysia Pada 2018

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Google Assistant merupakan salah satu pembantu maya digital daripada Google yang menerima fokus utama syarikat internet berkenaan – dan turut dilihat akan diperluaskan secara berperingkat ke bahasa-bahasa dan negara-negara baru.

Kini, melalui acara Digital News Initiative yang diadakan di Amsterdam, Google turut dilihat berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan Google Assistant di sejumlah negara-negara baru.

Namun, agak mendukacitakan kerana Malaysia masih tidak dilabelkan sebagai perancangan untuk tahun 2018 ini buat masa ini. Ini juga bermakna yang kita mungkin tidak akan melihat Google Home ditawarkan di Malaysia untuk waktu ini.

Tetapi, ia dilihat Indonesia dilabelkan sebagai salah satu negara yang akan menerima sokongan Google Assistant.

Google Assistant

Sekiranya ini adalah sasaran pihak Google untuk tahun 2018 ini, maka kita mungkin perlu nantikan sehingga 2019 kelak untuk melihat Google Assistant berbahasa Malaysia secara rasminya.


TIPS & ULASAN