Huawei Malaysia kini untuk tempoh terhad menawarkan diskaun untuk telefon pintar Huawei Mate 10 – membolehkan para pengguna untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan pada harga RM2299, berbanding harga jualan biasa, RM2699. Harga promosi ini ditawarkan sehingga 28 Februari 2018 ini.
Huawei Mate 10 hadir dengan skrin 5.9-inci dengan nisbah 16:9, cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan menggunakan dwi-kamera Leica pada bahagian belakang. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh bersama-sama dengannya.
Pada harga RM2299, ia boleh dikatakan penawaran Huawei Mate 10 ini adalah antara yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan Huawei Mate 10 pada harga diskaun ini?
- Info
- Beli : Huawei Mate 10 pada harga RM2299