Cari @ Amanz

Sebelum ini, kita telah melihat demo bas dua alam yang boleh berfungsi di darat dan di air dengan mudah di beberapa buah negara. Kini, pengguna tempatan turut boleh melihatnya selain menaikinya sendiri dengan berkunjung ke Terengganu.

Dua bas dua-alam daripada Amphicoach kini telah pun tiba di Terengganu, dan bakal dipertontonkan kepada umum pada Ekspo Terenggani 2018 yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Ini sekaligus menjadikannya sebagai bas pertama di Malaysia dengan ciri boleh digunakan di darat dan juga di air.

Amphicoach

Bas dua alam Amphicoach ini akan digunakan untuk beberapa perkara, termasuk mewarnai sektor pelancongan di negeri berkenaan. Ia dijangka akan digunakan sekitar Tasik Kenyir, sekaligus memberikan pengalaman yang serba baru kepada para pengunjung.

Disamping itu, Amphicoach turut dijangka untuk digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir dikawasan tidak berarus deras ketika musim tengkujuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd