Pengguna Pixel 2 Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Hayat Bateri Pendek Selepas Kemaskini Februari

Pengguna Pixel 2 Melaporkan Masalah Pemanasan Dan Hayat Bateri Pendek Selepas Kemaskini Februari

Diterbitkan pada Feb 19, 2018 oleh .

Peranti Android dengan kemaskini sistem operasi dan sekuriti terpantas ialah Pixel. Dalam kebanyakan kes berbulan lebih awal berbanding pengeluar lain. Tetapi bagi pengguna Pixel 2 dan Pixel 2 XL yang baru menerima kemaskini bulan Februari, mereka melaporkan masalah yang agak menjengkelkan.

Mereka melaporkan masalah pemanasan dan hayat bateri yang lebih pendek berbanding sebelum kemaskini. Sebagai pengguna Pixel 2, kami sendiri menyedari hayat SOT kini hanya sekitar 4 jam berbanding sekitar 6 jam sebelum ini. Pihak Google sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.


TIPS & ULASAN