ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ASUS Gladius II Origin – Hadir Dengan Sokongan RGB Dan Kabel Yang Boleh Ditanggalkan

ASUS Memperkenalkan Tetikus Gaming ASUS Gladius II Origin – Hadir Dengan Sokongan RGB Dan Kabel Yang Boleh Ditanggalkan

Diterbitkan pada Feb 19, 2018 oleh .

ASUS, syarikat pembuat peranti elektronik yang cukup terkenal dengan komputer, laptop, telefon pintar dan aksesori gaming mereka baru-baru ini hadir dengan beberapa aksesori gaming baru.

Diantaranya ialah ASUS Gladius II Origin, sebuah tetikus gaming yang hadir dengan beberapa ciri menarik walaupun ia mengekalkan rekaan asal tetikus Gladius II.

Tetikus Gladius II Origin ini hadir dengan sensor 12000 DPI, manakala dari segi butang, ia hadir dengan lima butang yang boleh diubahsuai penggunaannya melalui perisian ASUS Armoury.

Dua daripada butang ini hadir dengan pilihan suis Omron D2FC-F-K dan Omron D2F-01F yang boleh diuban dengan membuka skru di bahagian bawah tetikus tersebut.

Disamping itu, tetikus ini juga mempunyai kabel USB yang boleh dicabut untuk penyimpanan yang lebih kemas, dan juga sokongan untuk sistem penyalaan RGB Aura Sync yang boleh diselaraskan dengan aksesori dan komponen ASUS yang lain.

Tetikus Gladius II Origin ini sudahpun hadir di pasaran-pasaran terpilih pada harga $99 (RM390). Buat masa ini, ASUS masih belum mengumumkan samada tetikus ini akan hadir di pasaran ini ataupun tidak.


TIPS & ULASAN