Cari @ Amanz

Sistem operasi mudah alih Windows Phone dilancarkan tujuh tahun yang lalu dengan harapan memusnahkan duopoli Android dan iOS. Kerana ia disokong oleh Microsoft, ramai melaporkan WP akan menjadi sistem operasi yang mendominasi pasaran. Beberapa iterasi kemudian, sistem operasi Windows 10 Mobile kini bukan lagi menjadi fokus Microsoft.

UberX KL

Satu demi satu aplikasi rasmi mula tumbang. Ketiadaan sokongan untuk versi peranti mudah alih membawa kepada penghentian sokongan untuk aplikasi desktop. Bagi mereka yang menggunakan aplikasi Uber untuk Windows 10, sokongan untuknya telah secara rasmi dihentikan. Ini disahkan sendiri oleh pihak Uber menerusi emel yang dikongsi dengan laman MSPowerUser. Sejak dari awal lagi aplikasi ini mempunyai pelbagai masalah seperti gagal mencari lokasi dan tidak boleh memesan kenderaan.

Dengan penggunaan komputer yang semakin berkurangan, tidak mengejutkan tumpuan diberikan kepada pembangunan aplikasi telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd