Cari @ Amanz

Mengambil screenshot  dengan peranti Android merupakan sesuatu yang biasa sahaja. Tidak seperti iOS, ciri pengambilan screenshot Android tidak membenarkan para pengguna mengedit ataupun berkongsi imej tersebut dengan mudah.

Semua itu bakal berubah tidak lama lagi kerana Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menambahkan ciri mengedit dan berkongsi screenshot di dalam aplikasi Google seperti Google Feed, Google Search dan Chrome Custom Tabs.

 

Apabila diaktifkan melalui menu tetapan Google, setiap kali anda mengambil screenshot pada aplikasi-aplikasi Google yang dinyatakan sebelum ini, sebuah menu akan keluar dari bawah, memberikan anda pilihan untuk samada mengedit screenshot tersebut ataupun kongsikannya melalui emel ataupun media sosial.

Ciri edit ini membenarkan anda memotong screenshot yang diambil, disamping menconteng dan menyorokkan butiran yang hadir pada gambar tersebut. Gambar yang sudahpun diedit ini kemudiannya boleh dilihat pada folder Screenshot didalam peranti anda.

Ciri ini baru sahaja hadir melalui aplikasi Google versi 7.21 yang kini berada di dalam beta, dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba ciri ini boleh ke laman web penguji beta Google untuk mendaftar sebagai seorang penguji beta Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd