Boleh dikatakan hampir setiap minggu terdapat beberapa perisian baru yang dikemaskini oleh para pembangun – dimana ada yang menyertakan ciri-ciri baru, dan tidak ketinggalan adalah perisian yang dikemaskini untuk mengatasi masalah kerentanan dan sekuriti.
Proses mengemaskini perisian pada komputer boleh dikatakan agak mencabar dan sukar berbanding pada peranti mudah-alih yang diuruskan melalui kedai aplikasi.
Pada komputer Windows, salah satu perisian yang ingin membantu memudahkan proses berkenaan adalah PatchMyPC. Pembangunnya kini telah pun mengemaskini perisian berkenaan dan menawarkan PatchMyPC 4.0.
Melaluinya, anda hanya perlu menjalankannya, dan ia akan mengimbas komputer anda serta-merta dan memaparkan perisian yang boleh dikemaskini. Pengguna boleh memilih untuk mengemaskininya, dan ia akan mengemaskini dan menaik-taraf sesuatu perisian kepada versi terkini dengan pantas dan mudah.
Bagi anda yang menggunakan komputer Windows, anda boleh menyemak penawaran terbaru ini, dan memastikan komputer anda menggunakan perisian versi terkini sentiasa.
- Muat-Turun Patch My PC 4.0