Setiap pengeluar telefon pintar mempunyai nada dering tersendiri. Nokia menggunakan Grande Valse sejak 1992 yang merupakan lagu yang dicipta oleh Francisco Tarrega pada tahun 1902. Kerana kepopularan lagu ini, Grande Valse lebih dikenali sebagai Nokia Tune sehingga sekarang. Samsung pula telah menggunakan Over The Horizon sejak 2013. Sempena pelancaran Galaxy S9, versi terkini lagu ini telah diperdengarkan.
Versi 2018 ini diolah semula oleh Pétur Jónsson dengan menggunakan piano dan peralatan muzik klasik. Hasilnya ialah nada dering yang kedengaran lebih klasik dan organik sesuai dengan video di atas yang menunjukkan keindahan semula jadi negara Nordik. Apakah pendapat anda tentang versi terkini Over The Horizon ini?