Cari @ Amanz

Pada hari ini, Maxis dan Celcom sedia menawarkan kemudahan untuk membuat langganan pelan dan telefon pintar yang boleh diubah kepada peranti baru pada setiap tahun. Ini sekaligus membolehkan anda mengikuti trend dan menikmati pelbagai penawaran teknologi baru dengan mudah.

Kini, selain Maxis dan Celcom, Digi turut tidak ketinggalan dan turut menawarkan sebuah perkhidmatan yang lebih kurang sama, dinamakan Digi Up. Program baru ini dilihat sebagai naik-taraf kepada program Digi Easy Up sebelum ini.

Digi Up

Daripada penyenaraian melalui laman Digi, tiga peranti ditawarkan adalah Galaxy Note 8, Mate 10 Pro dan juga Mate 10. Setiap peranti ini hadir dengan pelan Digi Postpaid 110 yang menawarkan data berjumlah 50GB sebulan, panggilan tanpa had dan 1000 SMS percuma.

Digi Up

Untuk menyertai Digi Up ini pula, pengguna terlebih dahulu perlulah mempunyai langganan Digi Postpaid selama sekurang-kurangnya 3 tahun, dan mempunyai penggunaan minimum lebih RM80 untuk 3 bulan terakhir.

Pengguna boleh naik-taraf kepada peranti baru selepas 24 bulan, atau meniak-taraf selepas 12 bulan dengan penambahan sedikit pembayaran tambahan.

Daripada FAQ yang disediakan, Digi menerangkan lanjut mengenainya, termasuk menawarkan perkhidmatan Digi Shield yang membolehkan pengguna melindungi peranti daripada kecurian, kerosakkan dan sebagainya pada harga langganan tambahan.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari penawaran naik-taraf peranti seumpama ini daripada syarikat telekomunikasi, atau lebih meminati untuk membeli peranti secara berasingan dengan pelan telekomunikasi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd