Cari @ Amanz

Huawei dan Honor kadang-kala mempunyai penawaran peranti yang lebih kurang sama – dan kali ini perkara berkenaan akan berulang kembali melalui peranti baru yang dinamakan Huawei Mate SE.

Disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, telefon pintar ini menawarkan spesifikasi yang sama seperti Honor 7X – tetapi dengan sedikit perubahan pada storan dan memori.

Huawei Mate SE

Huawei Mate SE ini dikatakan akan hadir dengan skrin 5.93-inci dengan nisbah skrin 18:9, cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini turut menyertakan bateri berkapasiti 3340mAh.

Selain perbezaan minima pada storan dan memori, telefon pintar ini juga turut menawarkan sedikit perbezaan rekaan pada bahagian kamera belakang yang hadir dengan rekaan bingkai berwarna hitam pada bahagian kamera – lebih kurang seperti rekaan kamera pada peranti Mate lain.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya disasarkan untuk Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya selepas pelancaran rasmi oleh Huawei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd