Cari @ Amanz

Sistem operasi Windows Phone 7.5 dilancarkan pada tahun 2011 dengan nama kod Mango manakala Windows Phone 8.0 dilancarkan pada tahun 2012. Kedua-duanya cuba merapatkan jarak penggunaan sistem operasi ini dengan Android dan iOS. Kita kini di bulan Februari 2018 dan sistem operasi telefon pintar Microsoft kini digunakan kurang daripada 1% peranti di dunia.

Bagi mereka yang masih lagi setia dengan Windows Phone 7.5 dan 8, hari ini ialah hari terakhir fungsi push notification akan diberikan kepada peranti anda. Selepas ini peranti tidak akan lagi menerima notifikasi, sokongan Live Tiles dan fungsi Find My Phone. Kesemuanya dihentikan kerana sistem operasi ini sudah tiba ke penghujung tempoh sokongan oleh Microsoft. Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang terus tegar dengan sistem operasi mudah alih Microsoft?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd