Sony Ingin Membangunkan Sistem Tempahan Teksi Berasaskan Kecerdasan Buatan

Sony Ingin Membangunkan Sistem Tempahan Teksi Berasaskan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Pada hari ini, mungkin ramai sedia mengenali akan aplikasi tempahan teksi seperti Grab dan Uber. Kini, Sony turut dilihat ingin menyertai arena sama, dan ingin membangunkan sebuah sistem tempahan teksi berasaskan kecerdasan buatan untuk digunakan di Jepun.

Untuk tujuan ini, Sony membentuk sebuah syarikat usahasama baru yang turut disertai oleh lima syarikat teksi di Jepun.

Melalui platform ini, ia dijangka akan menganalisa pelbagai faktor, termasuk permintaan, cuaca, trafik dan sebagainya dalam membolehkan teksi ditawarkan dengan lebih efisyen.

Dengan penyertaan Sony ini, ia sekaligus akan memperlihatkan mereka bersaing dengan beberapa pihak di Jepun dalam arena tempahan teksi. Malah, ia juga akan sekaligus membolehkan kelebihan kecerdasan buatan milik Sony digunakan untuk beberapa perkara, termasuk mendemonstrasikan penggunaannya dalam menjadikan operasi tempahan teksi lebih efisyen berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN