Sony mengeluarkan video acah pendek sempena MWC semalam. Di dalam video tersebut ia memberikan petunjuk bahawa peranti yang bakal dilancarkan kelak akan mempunyai permukaan yang melengkung. Ini adalah agak mengejutkan kerana kesemua maklumat yang tertiris mengenai peranti Xperia setakat ini tidak menyebut mengenai rekaan melengkung.
Hari ini rekaan peranti prototaip Sony Xperia XZ2 Compact telahpun tertiris. Jelas kelihatan bahagian belakang peranti ini mempunyai lengkungan pada bahagian sisi dan amat berbeza dengan rekaan peranti-peranti Xperia yang pernah dilancarkan. Ia menyamai rekaan konsep Plate+Human yang diperlihatkan sebelum ini.
Di dalam pasaran yang dipenuhi peranti pelanduk dua serupa, rekaan yang unik ini mungkin strategi yang digunakan Sony untuk menarik perhatian pelanggan.