Empat Komputer Riba Berspesifikasi Tinggi Daripada HP Yang Perlu Anda Miliki
HP

Empat Komputer Riba Berspesifikasi Tinggi Daripada HP Yang Perlu Anda Miliki

Diterbitkan pada Mac 23, 2018 oleh .

Siri komputer riba keluaran HP merupakan jenama yang sering menjadi pilihan ramai pengguna. Selain mengeluarkan komputer riba mampu milik, HP juga telah mengeluarkan komputer riba yang berharga RM5000 ke atas yang sesuai dengan spefisikasinya yang tinggi.

HP ENVY Laptop

Komputer riba ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-8550U dengan menggunakan sistem Windows 10. Siri HP ini juga direka dengan saiz paparan 13.3 inci FHD bersama skrin sentuh beresolusi 1920X1080 pixel dengan dengan pilihan warna Silk Gold(HP ENVY 13-ad164TX) dan Natural Silver (HP ENVY 13-ad145TX). Dari segi paparan grafik, ia dibina dengan kad grafik Intel NVIDIA GeForce MX150 bersama memori GDDR5 sebanyak 2GB.

Manakala untuk memori terbina dalam komputer riba ini, peranti ini hadir dengan 16GB LPDDR3-1866 SDRAM bersama 512GB SSD berjenis NVMe Value. Komputer riba seberat 1.385 kg ini boleh didapatkan dengan harga RM 5949 bersama jaminan selama dua tahun. Dengan pembelian komputer riba ini, pembeli akan mendapat beg galas percuma dengan tetikus tanpa wayar HP Z3700 sesuai dengan pilihan warna komputer riba yang dibeli iaitu Silver atau Gold.

Beli: HP Envy Dalam Pilihan Warna Silver atau Gold

HP SPECTRE 13-af089TU

Komputer riba siri Spectre 13 ini pula hadir dengan paparan bersaiz 13.3 inci FHD bersama skrin sentuh dengan resolusi 1920X1080 pixel. Ia dibina dengan cip pemprosesan Intel Core i7-8550U empat teras dengan memori LPDDR3-2133 SDRAM sebanyak 8GB, manakala SSD yang digunakan adalah berjenis NVMe TLC sebanyak 256GB.

Untuk sokogan grafiknya pula, komputer riba ini menerima sokongan grafik Intel UHD 620. Peranti seberat 1.11 kg ini menggunakan sistem Windows 10 dan boleh didapati pada harga RM6299 bersama satu beg sarung hitam (DIB HP Black Sleeve) serta 2 tahun jaminan dan juga setahun jaminan untuk bateri utama.

Beli: HP Spectre 13-af089tu 

HP Spectre x360 13-ae089TU (Dark Ash Silver)

Komputer riba ini juga dibina dengan skrin 13.3 inci FHD IR bersama skrin sentuh beresolusi 1920X1080 pixel. Peranti ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i5-8250U empat teras dengan storan jenis NVMe TLC sebesar 256GB. Manakala dari segi memorinya pula, ia dibina dengan LPDDR3-2133 SDRAM sebesar 8GB.

Komputer riba ini juga menerima sokongan grafik Intel UHD 620 dan menggunakan sistem Windows 10. Komputer riba seberat 1.262 kg ini juga hadir dengan satu port USB-3.1 dan 2 Thunderbolt 3. Peranti ini boleh didapati pada harga RM5299 dan pembelian ini hadir dengan pilihan DIB HP Black Sleeve/DIB Active Pen bersama dua tahun jaminan dan jaminan setahun untuk bateri utama.

Beli: HP Spectre x360 -Dark Ash Silver

HP Spectre x360 13-ae096TU (Rose Gold)

Peranti HP Spectre x360 ini pula merupakan salah satu komputer riba yang terbaru yang telah dilancarkan oleh HP pada Februari lalu. Komputer riba ini dibina dengan paparan bersaiz 13.3 inci FHD IR Touch dengan resolusi 1920X1080 pixel. Peranti ini juga hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-8550U empat teras dengan memori LPDDR3-2133 SDRAM sebanyak 8GB dan storan dalaman berjenis NVMe TLC bersaiz 512GB.

Sokongan grafik yang digunakan untuk peranti ini ialah grafik Intel UHD 620 dan menggunakan sistem Windows 10. Peranti seberat 1.262kg ini boleh didapati pada harga RM6399 dengan jaminan selama dua tahun dan setahun untuk bateri utama bersama DIB HP Carp Sleeve/DIB Active Pen.

Beli: HP Spectre X360 (Rose Gold)  

Konklusinya, komputer riba berspefikasi tinggi ini sangatlah berpatutan sesuai dengan harga yang ditawarkan kepada anda. Dan anda boleh dapati komputer riba keluaran HP ini di kedai kedai utama di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial dari HP Malaysia


TIPS & ULASAN