Carian
Samsung Melancarkan Storan SSD SAS PM1643 – Hadir Dengan Storan Bersaiz 30.72TB
February 20, 2018 Nazrin

Saiz storan digital boleh dikatakan semakin meningkat setiap hari, dimana syarikat-syarikat serperti Western Digital, Seagate, Hitachi Data Systems dan sebagainya hadir dengan storan cakera keras yang kini dilihat melangkaui jumlah storan 10TB untuk setiap cakera.

Samsung juga sebuah syarikat yang dikenali untuk perkakasan-perkakasan storan mereka kini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan storan SSD SAS (Serial Attached SCSI) yang dinamakan PM1643 yang hadir dengan storan bersaiz 30.72TB, khusus untuk kegunaan pusat data, tugasan enterprise dan sebagainya.

Tidak seperti banyak storan digital lain yang menggunakan SATA sebagai antaramuka penyambung, SSD PM1643 ini menggunakan SAS yang mampu menghantar data pada kelajuan 12Gbps, dengan nilai membaca dan menulis IOPS setinggi 400,000 dan 50,000 IOPS. Dari segi pembacaan dan penghantaran data pula, SSD ini mampu membaca data selaju 2.0GB/s dan menghantar data selaju 1.7GB/s.

Samsung masih belum mengumumkan tarikh pelancaran dan harga untuk SSD PM1643 ini, tetapi telah menyatakan bahawa selain daripada storan 32TB tersebut, mereka juga akan melancarkan cakera keras ini di dalam beberapa pilihan storan, termasuklah 800GB, 960GB, 1.92TB, 3.84TB, 7.68TB dan 15.36TB. Setiap storan SSD ini juga akan hadir dengan waranti selama lima tahun.

Komen