Intel Menunjukkan Prototaip Kad Grafik Khusus Terbaru Di Acara ISSCC

Intel Menunjukkan Prototaip Kad Grafik Khusus Terbaru Di Acara ISSCC

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

intel terkenal dengan pembuatan cip pemprosesan mereka, disamping storan SSD dan juga beberapa peranti seperti kamera 3D dan sebagainya.

Di acara  IEEE International Solid-State Circuits Conference (ISSCC) di San Francisco, Intel menunjukkan sebuah unit prototaip untuk sebuah kad grafik yang tidak diintegrasi kepada CPU seperti sebelum ini.

Prototaip kad grafik ini hadir melalui rekaan 14nm dan dua cip pemprosesan digunakan untuk tugas-tugas yang berbeza. Salah satu daripada cip tersebut merupakan cip pemprosesan grafik yang berdasarkan Execution Unit (EU) generasi ke-9, dan sebuah lagi cip pemprosesan yang hadir dengan field programmable gate array (FPGA), sebuah litar bersepadu yang boleh digunakan untuk digunakan untuk mengawal pelbagai tugas.

Buat masa ini, Intel tidak mengeluarkan sebarang butiran mengenai ujian penanda-aras kerana buat masa ini, prototaip ini hanyalah sebuah bukti konsep yang menunjukkan bahawa Intel mampu merekacipta sebuah kad grafik jika mereka inginkan.

Kehadiran Raja Koduri yang menyertai Intel dari AMD nampaknya sudahpun membuahkan konsep-konsep yang cukup menarik dari segi grafik. Dengan ini, mungkin Intel akhirnya mampu bersaing dengan AMD dan NVIDIA di arena grafik kelak.


TIPS & ULASAN