OpenSignal : 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan

OpenSignal : 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Perkhidmatan 4G di Malaysia sudah ditawarkan selama lima tahun di Malaysia yang menjanjikan kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Realitinya ialah jarang sekali kita dapat menikmati internet mudah alih pada kelajuan ini. OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan purata 4G di 88 negara dunia pada suku ke-empat 2017.

Singapura unggul di tangga teratas dunia dengan kelajuan purata 4G  44.32 Mbps diikuti oleh Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps). Malaysia berada di tangga ke-70 dengan kelajuan purata 14.83 Mbps. Ini adalah peningkatan daripada 14.35 Mbps tahun lalu.

Kelajuan purata 4G di Malaysia adalah di belakang Vietnam (21.49 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps). Ini masih lagi lebih pantas berbanding Thailand (9.6 Mbps), Filipina (9.49 Mbps) dan Indonesia (8.92 Mbps). Apakah kelajuan purata 4G yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda.


TIPS & ULASAN