Cari @ Amanz

Beberapa minggu selepas APU (Accelerated Processing Unit) AMD Ryzen untuk komputer desktop diperkenalkan di Malaysia, nampaknya AMD Malaysia bakal mengumumkan APU AMD Ryzen Mobile mereka pula, yang akan dimuatkan didalam peranti laptop pada minggu hadapan.

Tidak banyak butiran yang diberikan mengenai model-model Ryzen Mobile yang akan diperkenalkan oleh AMD, tetapi melalui jemputan yang dihantarkan kepada kami, mereka juga akan memperkenalkan dua laptop yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen Mobile ini di acara tersebut.

Kedua-dua laptop ini termasuklah Acer Swift 3 dan juga Lenovo IdeaPad 720S yang telahpun diumumkan sejak Oktober tahun lalu. Mengikut dek persembahan yang diperlihatkan di acara pengumuman yang lalu, diantara spesifikasi yang diperlihatkan pada kedua-dua laptop ini termasuklah AMD Ryzen 5 2500U dan juga AMD Ryzen 7 2700U, storan SSD sebesar 256GB dan juga memori DDR4 sebanyak 8GB.

Butiran-butiran lanjut seperti spesifikasi yang lebih khusus, tarikh pengeluaran dan harga masih belum diketahui lagi buat masa ini. Kami akan melaporkannya sebaik sahaja pihak AMD Malaysia mengumumkannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd