Samsung Mungkin Memperluaskan Penggunaan Skrin “Infinity Display” Ke Peranti Berspesifikasi Pertengahan

Samsung Mungkin Memperluaskan Penggunaan Skrin “Infinity Display” Ke Peranti Berspesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Samsung sebelum ini telah hadir dengan peranti nirbingkai hasil penggunaan panel yang mereka panggil sebagai “Infinity Display”. Ia buat masa ini hanya digunakan pada peranti berspesifikasi tinggi sahaja seperti Galaxy S8 dan Galaxy Note 8.

Sebelum ini, pada awal tahun ini, kita telah melihat penggunaan panel rekaan sama pada Galaxy A8 2018, sekaligus membawa panel berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Kini, menurut laporan TheInvestor, ia dikatakan Samsung akan terus memperluaskan penggunaan panel OLED berkenaan pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat penggunaannya meluas pada telefon siri A yang lain daripada Samsung.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, memandangkan trend industri sendiri yang memperlihatkan pelbagai peranti hadir dengan rekaan seumpamanya dan Samsung turut tidak ingin ketinggalan. Tetapi, sekiranya benar Samsung menawarkan panel OLED pada peranti berspesifikasi pertengahan, ia mungkin menjadi salah satu kelebihan penawaran daripada syarikat Korea Selatan berkenaan dalam memenangi hati para pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN