Ploota- Pelampung Keselamatan Terkecil Di Dunia

Ploota- Pelampung Keselamatan Terkecil Di Dunia

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Cuti umum Tahun Baru China baru sahaja berakhir dan ia digunakan oleh orang ramai untuk berehat. Antara aktiviti popular ketika musim bercuti ialah pergi ke pantai dan berenang. Tetapi tahun demi tahun pasti akan kedengaran berita insan yang lemas kerana dibawa arus. Ploota ialah pelampung keselamatan terkecil di dunia yang mungkin boleh mengurangkan kebarangkalian tragedi seperti ini dari berulang.

Ploota ialah pelampung keselamatan yang dikalung pada leher ketika di dalam air. Saiznya yang kecil membolehkan pemakai melakukan aktiviti tanpa halangan berbanding jaket keselamatan biasa. Apabila di dalam situasi kecemasan, pemakai hanya perlu menekan butang pada Ploota dan pelampung terbina akan dikembangkan oleh katrij karbon dioksida. Ini akan membolehkan pemakai terapung semula ke permukaan dengan segera.

Selepas digunakan pelampung hanya perlu dilipat masuk semula dan menggantikan katrij karbon dioksida. Pelampung ini direka oleh Rainer Fakesch di Jerman yang mendapat ilham menghasilkannya selepas seorang ahli keluarga hampir mati lemas. Berita buruk di sini ialah Ploota masih lagi dibangunkan dan masih belum bersedia untuk dijual secara komersial.


TIPS & ULASAN