Cari @ Amanz

Isu sekuriti pada kriptowang kini kerap dibincangkan. Sekuriti perlombongan kriptowang menggunakan Blockchain iaitu data yang disimpan pada awan yang berangkai. Data ini bebas berada di awan dan hanya boleh diakses oleh pemilik kriptowang peribadi sahaja.

Baru-baru ini, sistem Amazon Web Services (AWS) yang digunakan Tesla untuk kereta elektrik pintar mereka digodam. Disebabkan tetapan sekuriti Tesla yang lemah, penggodam berjaya memasang aplikasi hasad pada sistem AWS yang menguasakan kereta Tesla untuk melombong kriptowang.

Respon daripada Tesla mengatakan, hanya sistem AWS pada kereta-kereta mereka yang sedang diuji sahaja terkesan dan daripada siasatan mereka, maklumat pelanggan serta privasi dan sekuriti kereta mereka tidak terjejas.

Sebagai peringatan, semua perlombongan kriptowang adalah atas talian dan menggunakan simpanan data di awan. Data-data kriptowang disimpan secara berangkai dan bebas di Internet. Walaupun sebenarnya ianya sukar untuk diakses, penggodam-penggodam ini pakar oleh itu para pelombong dinasihatkan perketatkan tetapan sekuriti perlombongan kriptowang anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd