Archos Melancarkan Skuter Elektrik Dengan Sistem Operasi Android
Artikel Berkaitan

Archos Melancarkan Skuter Elektrik Dengan Sistem Operasi Android

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Archos ialah syarikat yang terkenal kerana menghasilkan telefon dan tablet Android pada harga mampu milik. Nampaknya mereka kini memasuki arena penghasilan skuter elektrik dengan pelancaran Archos Citee Connect. Skuter elektrik turut mempunyai sistem navigasi yang menggunakan sistem operasi Android Oreo.

Citee Connect dilengkapi bateri sebesar 6000 mAh yang memberikan jarak operasi sehingga 22 kilometer dan kelajuan maksimum 25 kmj. Sistem navigasi terbina pada pemegang dilengkapi skrin sesentuh 5″, dijana pemproses empat teras, memori sebesar 1GB RAM dan storan 8 GB.

Ianya kalis air serta hentakan dengan sokongan 3G. Selain memaparkan arahan navigasi, skrin ini turut akan memaparkan tahap caj bateri. Archos Citee Connect akan dijual pada harga €500 (~RM 2409) sebuah.


TIPS & ULASAN