Logam Kobalt ialah bahan mentah yang penting dalam penghasilan bateri untuk peranti mudah alih. Sejak setahun setengah yang lalu, harga jualan Kobalt telang meningkat tiga kali ganda. Ini adalah kerana permintaan tinggi dari pengeluar peranti dan juga kini dari pengeluar kereta elektrik. Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.
Menurut laporan Bloomberg, Apple kini sedang dalam proses perbincangan untuk membeli terus bekalan kobalt dari pelombong. Dengan pembelian secara terus ini, mereka berharap dapat mengawal kos menghasilkan bateri untuk peranti-peranti keluaran mereka.
Pembelian secara terus ini juga dapat memastikan kobalt diperoleh dari sumber yang mesra alam dan tidak mengeksploitasikan buruh kanak-kanak, Pada tahun 2016,Apple, Samsung dan Sony adalah antara syarikat yang didapati mendapatkan sumber bahan mentah dari lombong yang menggunakan buruh kanak-kanak oleh Amnesty International.