Facebook Messenger Kini Memudahkan Lagi Proses Untuk Membuat Panggilan Berkumpulan

Facebook Messenger Kini Memudahkan Lagi Proses Untuk Membuat Panggilan Berkumpulan

Diterbitkan pada Feb 21, 2018 oleh .

Facebook sedia menawarkan sokongan panggilan video berkumpulan sebelum ini, tetapi proses untuk melakukannya sedikit sukar. Sebelum ini, sekiranya anda ingin mengubah panggilan individu kepada panggilan berkumpulan, anda perlu menamatkan panggilan, membuat perbualan berkumpulan pada Messenger, dan memulakan panggilan melaluinya.

Facebook Messenger Call

Kini, Facebook memudahkan proses berkenaan pada Messenger. Bermula hari ini, Facebook menambah sebuah ikon baru ketika membuat panggilan video, iaitu ikon “Add Person”.

Ketika membuat panggilan perseorangan, kini anda boleh tap pada ikon berkenaan, dan menambah rakan atau ahli keluarga baru untuk turut menyertai panggilan video berkenaan.

Ciri baru ini ditawarkan bermula hari ini untuk semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia untuk panggilan video dan juga panggilan suara.


TIPS & ULASAN