Gambar Peranti Protototaip Huawei P20 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Peranti Protototaip Huawei P20 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Feb 22, 2018 oleh .

Huawei dijangka memperkenalkan Huawei P20 secara rasminya pada bulan Mac kelak, dimana tiga variasi peranti dijangka diperkenalkan, dan salah satunya dijangka menawarkan tiga kamera pada bahagian belakang. Kini, pihak Android Authority dilihat menerima akses kepada beberapa gambar peranti prototaip untuk apa yang dikatakan sebagai Huawei P20 – sekaligus memperlihatkan bentuk elemen rekaan baru yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Huawei P20 Prototaip

Huawei dilihat menggunakan rekaan yang lebih elegan pada Huawei P20, disamping menyertakan penggunaan skrin dengan rekaan nirbingkai pada bahagian atas dan bawah.

Huawei turut dilihat tidak menyertakan bicu audio pada peranti prototaip ini, lebih kurang seperti Mate 10 Pro sebelum ini. Peranti prototaip ini juga menyertakan hanya dwi-kamera pada bahagian belakang, dan bukannya tiga.

Huawei P20 Prototaip

Huawei P20 Prototaip

Ia tidak diketahui sama ada ini adalah rekaan akhir peranti berkenaan atau sebaliknya. Namun, boleh dikatakan rekaan baru ini adalah agak menarik jikalau dibandingkan dengan peranti lain dipasaran hari ini.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan rekaan peranti prototaip ini?


TIPS & ULASAN