Xiaomi Mi Max 3 Mungkin Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Xiaomi Mi Max 3 Mungkin Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan pada Feb 22, 2018 oleh .

Xiaomi merupakan salah satu syarikat yang hadir dengan pelbagai variasi telefon pintar dengan ciri-ciri menarik. Terkini, melalui firmware yang didapati oleh pihak XDA-Developers, mereka mendapat akses kepada beberapa info baru berkenaan telefon pintar Xiaomi Mi Max 3 akan datang.

Daripada apa yang ditemui pada firmware berkenaan, Mi Max 3 dijangka akan hadir dengan skrin pada nisbah paparan 18:9, selain dilengkapi bateri berkapasiti 5500mAh.

Xiaomi Tanpa Wayar

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah ia berkemungkinan menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar secara terbina – sekaligus memudahkan pengguna membuat pengecasan peranti tanpa perlu menghubungkan ia dengan kabel dan sebagainya.

Disamping pada bahagian bateri, firmware yang tertiris ini turut memberikan petanda yang mana Xiaomi mungkin menyertakan pengimbas Iris pada telefon pintar ini untuk memberikan sokongan sekuriti tambahan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi merancang untuk memperkenalkan telefon pintar dengan kapasiti bateri besar ini.


TIPS & ULASAN