Ramai pengeluar menantikan WMC untuk melancarkan peranti terkini mereka. Blu tidak seperti pengeluar lain dah telah melancarkan peranti terkini mereka Blu X2 hari ini. Peranti ini dilengkapi skrin 6″ IPS LCD HD+ dengan nisbah skrin 18:9, dijana pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB.
Sistem catur kamera digunakan dengan kamera belakang 13+5 Megapixel f/2.0 manakala kamera swafoto pula adalah 20+8 Megapixel. Satu lensa kamera hadapan adalah bersudut lebar bagi membolehkan swafoto secara berkumpulan. Bateri sebesar 4010 mAh yang disertakan menyokong pengecasan pantas 5V/2A. Peranti yang masih menggunakan Android Nougat ini dijual pada harga $299.99 (~RM 1176) sebuah.