Carian
Bagaimana Memasang Tema Pada Telefon Android Menggunakan Substratum X Andromeda
February 22, 2018 Fahim Zahar

Kebanyakan pengguna Android yang menggunakan telefon pintar Android adalah kerana kebolehan ubahsuai daripada perkara asas sehingga kepada menukar sistem. Banyak telefon pintar Android yang popular di pasaran sekarang menggunakan pelancar mereka tersendiri seperti Samsung dengan Samsung Experience 9.0, Xiaomi dengan MIUI dan Huawei dengan EMUI.

Peranti dengan antara muka seperti ini membenarkan pengguna menukar tema, menggunakan beberapa ciri tambahan dan juga memberi pengalaman penggunaan yang berbeza. Tetapi bagaimana pula dengan telefon pintar Android yang menggunakan Android yang tidak mempunyai sokongan tema?

  • Peringatan: Artikel ini fokus pada telefon pintar dengan Android Oreo Asli

Di sini akan kami ajarkan cara memasang tema pada telefon pintar yang menggunakan Android Oreo asli menggunakan Substratum Theme.

Langkah 1 : Muat turun aplikasi Substratum Theme di Play Store.

Cara menggunakan aplikasi ini biasanya memerlukan pengguna mempunyai telefon pintar yang sudah diroot. Tetapi fokus kami adalah cara memasang tema Substratum Theme ini tanpa menjalani proses root.

Langkah 2 : Beli aplikasi andromeda ★ substratum stock rootless backend 8.0+  melalui Play Store.

Langkah 3 : Muat turun pelayan desktop Andromeda

Selesai muat turun buka fail .zip dan buka fail “start_andromeda.bat” dan sambungkan telefon pintar anda ke PC.

  • Peringatan: Kami anggap pembaca sudahpun mempunyai driver ADB dalam PC dan juga telah mengaktifkan mod USB Debungging dalam peranti

Selasar buka fail tadi, tekan mana-mana kunci untuk teruskan. Program tersebut akan menjalankan operasinya dan jika berjaya aplikasi Substratum Theme yang anda pasang tadi akan dilancarkan secara automatik.

Langkah 4: Muat turun atau beli mana-mana tema Substratum dalam Play Store.

Buka semula aplikasi Substratum dan tekan pada tema pilihan anda. Tekan Next dan tekan pilih versi Android anda serta peranti anda dan tekan butang untuk pilih semua pilihan. Tatal ke bawah dan semak, kerana ada beberapa versi aplikasi tidak menyokong aplikasi tema ini. Cari aplikasi yang mempunyai tanda amaran, dan pilih versi aplikasi. Jika versi aplikasi anda tidak tersenarai padamkan tick pada kotak pilihan.

Langkah 5 : Langkah akhir

Selepas selesai, tekan ikon di hujung bawah dan pilih Build  & Enable. Selesai proses, mati dan hidupkan semula telefon pintar anda. Hidup sahaja telefon pintar, anda akan lihat antaramuka telefon anda berbeza dan berubah.

Kami memfokuskan pada Android Oreo asli kerana ia jarang mempunyai masalah ketika memasang tema melalui Substratum ini. Itu sahaja tutorial memasang tema Substratum pada telefon pintar Android Oreo asli. Mudah bukan?

Komen