Uber Sekali Lagi Menyangkal Laporan Grab Akan Mengambil-Alih Operasinya Di Asia Tenggara

Uber Sekali Lagi Menyangkal Laporan Grab Akan Mengambil-Alih Operasinya Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Pada hari Sabtu yang lalu sekali lagi kedengaran berita Uber dalam persediaan untuk menjual bahagian operasi Asia Tenggara mereka kepada Grab. Mereka dipercayai akan mengambil alih sejumlah pegangan besar pada syarikat Grab. Selepas hampir seminggu, Uber akhirnya mengeluarkan kenyataan menyangkal laporan yang muncul di laman CNBC.

Uber TunaiDi dalam laporan Reuters hari ini Dara Khosrowshahi, CEO Uber menegaskan pihak Uber akan terus meneruskan pelaburan di Asia Tenggara secara agresif dalam pemasaran, subsidi dan sebagainya walaupun menjangka akan mengalami kerugian. Rantau Asia mempunyai potensi yang besar bagi Uber kerana jumlah penduduk serta peningkatan pengguna Internet yang besar.

Bagi pengguna perkhidmatan perkongsian kenderaan, kewujudan Uber di Malaysia dapat mengelakkan monopoli oleh Grab. Persaingan adalah perlu bagi memastikan mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.


TIPS & ULASAN