Cari @ Amanz

Kad grafik yang berkuasa tidak bermakna jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Bagi memaparkan grafik pada tetapan yang tinggi, monitor yang baik adalah diperlukan. Viewsonic XG2402 ialah monitor untuk gamer yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia dengan kadar segar semula 144 Hz.

Selain itu monitor 24″ dengan resolusi HD penuh ini juga mempunyai masa tindak balas 1 ms dan menyokong AMD FreeSync. Sistem lampu Rampage X pada bahagian belakang membolehkan ia dipadankan dengan aksesori LED lain yang mungkin digunakan pengguna. Terdapat juga sepasang pembesar suara 2W terbina pada monitor ini. Di Malaysia ia akan mula dijual hari ini pada harga RMĀ  1199 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd