Energizer Power Max P16K Pro Akan Dilancarkan Dengan Bateri Berkapasiti 16000 mAh

Energizer Power Max P16K Pro Akan Dilancarkan Dengan Bateri Berkapasiti 16000 mAh

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Bosan dengan peranti yang kerap kehabisan bateri? Malas mengecas peranti setiap hari sebelum tidur? Kerap tertinggal power bank di rumah? Jika anda menjawab ya pada kesemua soalan di atas, anda perlu menyimpan wang untuk membeli telefon pintar Energizer Power Max P16K Pro.

Telefon pintar Android ini direka khas untuk anda dan dilengkapi bateri berkapasiti 16000 mAh. Ini bukan typo walaupun saya memang dikenali sebagai penulis paling typo selama enam tahun berturut-turut oleh pembaca Amanz. Energizer Power Max P16K Pro akan dilancarkan di MWC Ahad ini.

Dari segi spesifikasi peranti ini dilengkapi skrin 5.99″ FHD+, pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB. Kamera utama adalah sebesar 13+5 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Walaupun dilengkapi bateri yang bersaiz besar, pihak Energizer masih menjanjikan rekaan peranti yang nipis. Nantikan laporan kami mengenai peranti ini di MWC terus dari Barcelona.


TIPS & ULASAN