Gartner – Jualan Telefon Pintar Sepanjang 2017 Menjunam Buat Kali Pertama

Gartner – Jualan Telefon Pintar Sepanjang 2017 Menjunam Buat Kali Pertama

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Pelbagai telefon pintar yang telah dijual di pasaran pada tahun 2017, tetapi tahun 2017 adalah tahun di mana jualan telefon pintar menjunam jika dibandingkan dengan jualan tahun 2016.

Menurut laporan yang dikeluarkan Gartner, peratusan jualan menurun sebanyak 5.6%. Jualan tertinggi setakat ini masih dipegang oleh Samsung dengan 321 juta peranti dan juga Apple dengan 215 juta peranti. Tetapi kedua-dua jualan mereka pada suku ke-empat 2017 menurun.

Berbeza dengan syarikat-syarikat daripada Cina seperti Huawei dan Oppo, jualan mereka menunjukkan peningkatan. Jualan Huawei melonjak sebanyak 17 Juta unit manakala Oppo pula melonjak sebanyak 26 Juta unit. Bagi kategori pengeluar-pengeluar lain pula, jualan menurun daripada 682 Juta kepada 638 Juta. Dengan pelancaran pelbagai telefon pintar baru pada tahun ini, kita mungkin akan lihat statistik yang berbeza bagi jualan 2018.


TIPS & ULASAN