Harga Jualan Samsung Galaxy S9 Tertiris – Lebih Mahal Berbanding Galaxy S8

Harga Jualan Samsung Galaxy S9 Tertiris – Lebih Mahal Berbanding Galaxy S8

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah dua peranti yang amat dinantikan kemunculannya. Berbanding tahun lalu, kedua-dua model ini dilancarkan dua bulan lebih awal berbanding Galaxy S8. Siapa biasa apabila peranti baru dilancarkan, harganya ingin diketahui. Hari ini harga jualan Galaxy S9 tertiris menerusi akaun @evleaks.

Menurut @evleaks, harga jualan untuk Galaxy S9 ialah €841 (~RM 4042) manakala untuk Galaxy S9+ pula ialah €997 (~RM 4791). Sebagai perbandingan harga jualan Galaxy S8 di Eropah ialah €799 (~RM 3840) dan untuk Galaxy S8+ pula ialah €899 (~RM 4320) tahun lalu.

Ini hanyalah harga jualan di benua Eropah. Tahun demi tahun harga jualan peranti di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Eropah. Ketika dilancarkan di Malaysia, harga jualan Galaxy S8 adalah RM3299 dan Galaxy S8+ pula berharga RM3699.


TIPS & ULASAN