Cari @ Amanz

Rakyat Malaysia kini mempunyai pelbagai pilihan jika mereka ingin membeli laptop ataupun desktop, tidak kira untuk apa jenis kegunaan sekalipun. Jenama-jenama terkemuka seperti ASUS, MSI, Lenovo dan sebagainya.

Kita nampaknya bakal melihat kehadiran sebuah lagi pemain di dalam arena ini yang akan memasuki pasaran tempatan, dan ia adalah AFTERSHOCK, sebuah pembina laptop dan desktop dari Singapore yang hadir dengan jenama peranti mereka sendiri yang dinamakan LEVEL51.

 

Kedai LEVEL51 ini, yang dibuka pada hari ini hadir dengan laptop-laptop yang diubahsuai daripada jenama CLEVO, termasuklah laptop-laptop dari siri MX, W dan P yang hadir dengan spesifikasi yang berbaloi dengan kehendak pengguna, dari spesifikasi yang cukup baik untuk bermain permainan pada resolusi Full HD hinggalah 4K.

Diantara model-model laptop yang ditunjukkan di kedai LEVEL51 ini termasuklah LEVEL51 MX-15, W-17S, dan PRIME-15, dan bagi mereka yang lebih inginkan sebuah desktop gaming yang berkuasa, LEVEL51 juga hadir dengan model-model desktop seperti LEVEL51 ZEAL, Impulse dan juga komputer all-in-one The NEXT.

Para pelawat kedai LEVEL51 ini bukan sahaja dapat melihat dan menguji laptop-laptop ini, malah, jika mereka ingin membeli sebuah laptop ataupun desktop ini, mereka boleh mengubahsuai spesifikasi peranti-peranti tersebut mengikut kehendak mereka, dan laptop-laptop dan desktop tersebut akan dibina di Malaysia.

Kedai LEVEL51 ini, yang dibuka di Sunway Geo Avenue di Bandar Sunway, dan selain daripada laptop dan desktop LEVEL51, AFTERSHOCK juga merupakan pengedar kerusi gaming Secretlab yang juga berasal dari Singapura.

Bagi yang berminat untuk melawat kedai LEVEL51 ini, lokasi mereka ialah B-03-01, Sunway Geo Avenue di Bandar Sunway.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd