Manchester United Akhirnya Mempunyai Saluran Rasmi Di YouTube

Manchester United Akhirnya Mempunyai Saluran Rasmi Di YouTube

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Machester United ialah kelab bola sepak terkaya di dunia mengikut senarai Deloitte tahun lalu. Kelab dengan jumlah kejuaraan liga Inggeris terbanyak ini juga mempunyai jumlah peminat terbesar di dunia. Hari ini mereka akhirnya mempunyai saluran YouTube rasmi mereka sendiri.

Pasukan yang juga dikenali sebagai The Red Devils ini adalah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris yang paling lewat untuk mempunyai saluran rasmi di lama penstriman video nombor satu dunia. Mereka yang mengikuti laman rasmi ini boleh melihat klip sorotan perlawanan, temubual eksklusif bersama pemain dan banyak lagi. Bagi peminat Manchester United, anda boleh melawati saluran YouTube mereka menerusi pautan di bawah.

Layari laman YouTube rasmi Manchester United


TIPS & ULASAN