Xiaomi Mi Band 3 Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi Band 3 Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Xiaomi Mi Band 2 ialah penjejak kesihatan yang agak popular dengan sambutan yang baik dari pengguna. Populariti Mi Band 2 ini disebabkan kehadiran skrin OLED monokrom yang boleh memaparkan pelbagai info seperti notifikasi panggilan telefon, jumlah, kalori terbakar, animasi pembacaan nadi dan banyak lagi. Tidak seperti Mi Band 1 yang hanya menggunakan tiga LED sebagai pemberitahuan notifikasi.

Walaupun tiada lagi maklumat jelas mengenai Mi Band 3 ini, sijil Bluetooth untuk Mi Band 3 telah diluluskan. Ia menggunakan Bluetooth 4.2 LE (Low Energy) iaitu Bluetooth yang menggunakan kuasa yang rendah. Sudah setahun lebih sejak Mi Band 2 diperkenalkan dan peminat Xiaomi masih ternanti-nanti akan pewarisnya.


TIPS & ULASAN