Cat S61 Dilancarkan Dengan Kamera Infra Merah Dan Pengesan Tahap Kualiti Udara

Cat S61 Dilancarkan Dengan Kamera Infra Merah Dan Pengesan Tahap Kualiti Udara

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Telefon pintar ialah komputer mini yang boleh dibawa dengan hanya sebelah tangan. Kuasa memproses pada telefon pintar semasa adalah lebih berkuasa jika dibandingkan dengan komputer desktop berspesifikasi asas. Oleh itu penggunaan telefon pintar sebagai pengganti komputer adalah maakul.

Bagi mereka yang bekerja di dalam sektor industri, Cat S61 telah dilancarkan. Telefon pintar ini unik kerana bukan sahaja tahan lasak MIL SPEC 810G dan kalis air IP68, malah ia turut dilengkapi sistem kamera infra merah dan pengesan tahap kualiti udara. Mengesan masalah pendawaian misalnya boleh dilakukan menggunakan kamera infra merah ini. Pengesan kualiti udara pula boleh menyelamatkan pengguna ketika bekerja di lombong atau sistem pembetungan.

Dari segi spesifikasi peranti yang menggunakan Android Oreo ini dilengkapi skrin 5.2″ FHD, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 4500 mAh. Ia akan dijual pada suku ke-dua 2018 pada harga €899 (~RM 4330) sebuah.


TIPS & ULASAN