Cari @ Amanz

Opera mempunyai aplikasi penjimatan data mereka tersendiri dinamakan sebagai Opera Max. Namun, sebelum ini syarikat Opera telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembangunan untuk aplikasi Opera Max berkenaan.

Perkara berkenaan kini berubah apabila Samsung dilihat telah menyelamatkan aplikasi berkenaan dan melancarkannya semula sebagai Samsung Max.

Samsung Max

Seperti ramai sedia maklum, melalui Samsung Max, ia menawarkan perkhidmatan penjimatan data untuk penggunaan data oleh aplikasi internet, dan pada masa yang sama menawarkan perlindungan privasi tambahan.

Samsung turut mengatakan mereka akan menyertakan Samsung Max pada peranti berspesifikasi pertengahan dan menawarkannya secara terbina di beberapa buah negara.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda turut boleh memuat-turun Samsung Max daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd