Apple ketika melancarkan iPhone X pada tahun lepas, mereka turut telah memperlihatkan pengecas tanpa-wayar mereka tersendiri dinamakan sebagai AirPower. Walaupun dipertontonkan ketika itu, namun, Apple tidak memberikan sebarang tarikh pelancarannya.
Kini, laporan awal hadir daripada Macotakara, mengatakan yang mana Apple mungkin memasarkannya kepada umum bermula bulan Mac akan datang.
Buat masa ini, info mengenai harga dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Melalui AirPower ini, pengguna boleh mengecas peranti seperti iPhone X, dan Apple Watch.
Sekiranya benar ia akan dipasarkan pada bulan Mac kelak, maka kita mungkin melihat ia turut diperkenalkan bersama-sama iPad baru yang dilaporkan sebelum ini.