Cari @ Amanz

Google Assistant merupakan pembantu maya digital daripada Google yang hadir terbina pada telefon pintar Android. Melaluinya, pengguna boleh memberikan sejumlah arahan berasaskan suara, dan ia akan memberikan maklumbalas berkaitan dengannya.

Sehingga kini, ia telah ditawarkan dalam 8 bahasa, dan Google kini mengumumkan ia akan menyokong sekitar 30 bahasa menjelang penghujung 2018 ini.

Pengumuman Google ini selari dengan apa yang telah dilaporkan sebelum ini, tetapi kali ini Google berkongsi apakah bahasa yang akan ditambah oleh mereka tidak lama lagi.

Antara bahasa yang akan disokong oleh Google Assistant dalam bulan-bulan akan datang adalah termasuk Hindi, Indonesia, dan juga Thai.

Google masih belum mengumumkan bilakah sokongan untuk bahasa Malaysia akan ditambah. Berkemungkinan besar, kita perlu nantikan tahun hadapan untuk melihat sokongan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd