Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai beberapa komputer riba dengan rekaan yang menarik, tetapi ia ditawarkan terhad untuk pasaran China sahaja sehingga kini. Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Kini, Xiaomi dan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melalui kerjasama ini, Xiaomi akan menggunakan kelebihan Microsoft untuk memasarkan, menyokong dan membangunkan produk komputer riba dan seumpamanya – sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran antarabangsa.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan kita mungkin akan dapat melihat komputer riba Xiaomi dengan Windows 10 ditawarkan pada peringkat global dalam masa bulan-blan akan datang.

Disamping itu, Xiaomi dan Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buatan, dan juga sokongan perkomputeran awan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd