Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka bersama beberapa rakan kerjasama akan memperkenalkan telefon pintar dilengkapi Android Oreo (Go Edition) pada MWC 2018 ini. Kini, selari dengannya, Alcatel telah pun mengumumkan peranti pertama dengan sistem operasi berkenaan.

Untuk makluman, Android Go Edition merupakan sistem operasi Android yang dioptimasikan untuk peranti berspesifikasi rendah – selain turut hadir dengan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan khusus dan menggunakan penjenamaan “Go”.

Bercakap mengenai Alcatel, peranti pertama yang diperkenalkan oleh mereka dibawah program ini adalah Alcatel 1X.

Alcatel 1X

Alcatel 1X hadir dengan rekaan skrin 5.3-inci pada nisbah 18:9. Ia turut hadir dengan cip empat-teras, dilengkapi memori 1GB RAM, dan juga storan 16GB. Alcatel turut menawarkan ia dalam pilihan memori 2GB RAM.

Telefon pintar ini turut hadir dengan kamera belakang dalam variasi 13-megapixel atau 8-megapixel (bergantung kepada negara), selain kamera hadapan 5-megapixel.

Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 2460mAh.

Alcatel akan menawarkan telefon pintar ini bermula bulan April kelak dalam pilihan satu SIM dan juga dwi-SIM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd