Video Pengenalan Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris Sehari Lebih Awal

Video Pengenalan Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris Sehari Lebih Awal

Diterbitkan pada Feb 25, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dilancarkan awal pagi esok tetapi spesifikasi serta rekaannya sudah tertiris sepenuhnya. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai maklumat berkaitan telefon pintar Galaxy S9 ini telah pun tertiris sedikit demi sedikit, dan terkini video pengenalan peranti berkenaan turut telah hadir ke arena web.

Melalui video promosi yang tertiris ini, ia sekaligus secara tidak langsung mengesahkan pelbagai maklumat yang diterima sebelum ini. Antara yang dapat dilihat ialah Dex Pad yang mengubah peranti menjadi desktop, fungsi Bixby AI, Bixby Translate, kamera dengan bukaan lebih ubah dan edisi Enterprise Edition. Video ini dilihat lebih ditujukan untuk mempromosikan ciri-ciri perusahaan yang akan dibawakan oleh telefon pintar berkenaan – termasuk mengatakan bakal menawarkan sokongan perisian sehingga 4 tahun lamanya.

Dengan ketirisan video promosi Galaxy S9 ini, apakah pendapat anda dengan peranti baru yang akan ditawarkan oleh Samsung ini?


TIPS & ULASAN